Friday, April 1, 2011

PEMOTONG AGAR-AGAR

   

OBJEKTIF SYARIKAT 
1.      Mewujudkan sebuah produk perkakasan masakan yang belum wujud di pasaran yang mampu menyelesaikan masalah pengguna.
·         Syarikat GD Sdn Bhd berusaha mengeluarkan produk yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna, seperti pengeluaran produk EZ cutter.

2.      Mereka cipta produk yang ringkas serta dapat menjimatkan masa pengguna.
·         Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja untuk membuat produk keluaran syarikat.
·         Ringan serta member keselesaan kepenggunaan kepada para pengguna produk.

3.      Menghasilkan produk yang mampu memaksimumkan kepuasan pelanggan.
·         Syarikat GD Sdn. Bhd akan sentiasa memastikan firma beroperasi berorientasikan masa depan. Dimana, syarikat akan sentiasa memenuhi keperluan, kehendak dan citarasa pengguna.

4.      Terus mengekalkan daya saing dengan syarikat yang menceburi bidang yang sama.
·         Syarikat akan sentiasa berusaha menonjolkan kelebihan daripada pesaing untuk menguasai pasaran sedikit demi sedikit.

5.      Penghasilan produk yang lebih inovasi selaras dengan kemajuan teknologi.
·         Produk keluaran akan diubah suai atau diinovasi mengikut peredaran zaman dan kemajuan teknologi untuk menyesuaikan dengan keperluan pengguna.

6.      Menjadi pembekal utama kepada para pembekal dan peruncit.
·         Syarikat GD Sdn. Bhd akan berusaha menjadi pembekal yang dapat memenuhi keperluan orang tengah dan akan menjalankan perkhidmatan selepas jualan seperti penghantaran ke lokasi pemborong atau peruncit kerana orang tengah juga akan menjual produk keluaran GD kepada pengguna akhir.

7.      Memaksimumkan keuntungan dan jualan syarikat.
·         Syarikat akan cuba melakukan strategi pemasaran yang efektif supaya permintaan pengguna dapat ditingkatkan untuk memperolehi keuntungan yang banyak.

8.      Meminimumkan kos perbelanjaan syarikat.
·         Dengan menggunakan teknologi yang ada, syarikat akan cuba membuat kawalan dari segi kewangan, pekerja dan kawalan pengeluaran supaya selaras dengan permintaan dan tidak melebihi dari jumlah pengeluaran yang dianggarkan bagi mengelakkan pembaziran berlaku.



Pengeluaran produk EZ cutter mempunyai beberapa kekuatan, iaitu:-

·         Produk ini memudahkan pemotongan agar-agar dilakukan dengan hanya sekali tekap. Dibandingkan dengan menggunakan pisau, pengguna akan membuat pemotongan agar-agar setiap satu demi satu bagi menghasilkan agar-agar yang sudah dipotong dalam saiz yang kecil. 

·         Produk EZ cutter juga tidak memerlukan masa yang lama untuk membuat pemotongan dan penyediaan. Jika dibandingkan dengan pembuatan agar-agar melalui bekas acuan yang kecil,  ia akan mengambil masa yang lama kerana bekas perlu digunakan semula dan memerlukan bekas acuan yang banyak untuk menyediakan agar-agar dalam kuantiti yang besar.  Sekaligus dapat menjimatkan masa dan tenaga pengguna sekiranya pengguna menggunakan produk EZ cutter ini.


·         Kekuatan yang ketiga pada produk ini, ianya mampu  menghasilkan pemotongan sama saiz pada agar-agar tersebut. Ini dapat memudahkan pengguna khususnya pada para peniaga kuih muih untuk membuat perletakan harga sekiranya kuih yang dihasilkan dalam saiz yang sama.

·         Produk keluaran syarikat GD Sdn. Bhd ini diperbuat daripada aluminium dan stainless steel sahaja dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia seperti plastik. Ini bermakna produk keluaran GD tidak mencemarkan alam sekitar malah bersifat mesra alam kerana boleh dikitar semula.

4 comments: