Monday, March 4, 2013

Pray For Sabah


Assalammualaikum

Bersama-samalah kita berdoa demi keamanan Negara terutama Negeri Sabah tempat tumpahnya darahku.
Sekarang bukanlah masanya untuk kita saling menunding jari, saling menyalahkan antara satu sama lain. Inilah  masanya untuk kita semua bersatu padu. Jika sebelum ini semua pemimpin menyatakan bahawa mereka berjiwa rakyat, ingin menjaga kebajikan rakyat, maka pada masa inilah mereka patut menunjukkan sikap tersebut dan bukan pula saling menunding jari. 

Ini baru ujian kecil yang Allah bagi untuk kita. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini berlaku. Mungkin sahaja Allah ingin melihat sejauh mana kerjasama, kesepaduan yang ada dalam diri kita. Tapi apa yang berlaku sekarang ????????

Bersama-samalah kita berdoa agar negara kita kembali aman seperti sedia kala.

No comments:

Post a Comment