Monday, April 29, 2013

Tiang Agama

Assalammualaikum

Lamanya x kacau polka dot nie. Busy, xda masa mau update. Busy ka ? Eya, saya busy (:

Sesibuk macam mana pun, kita tidak boleh lupa untuk menunaikan yang wajib. Apa yang wajib 2 ?? SOLAT la ~ ... Jangan pula ada yang x tau. Semua pun tau SOLAT adalah tiang agama terutamanya agama ISLAM. Semua agama mewajibkan umatnya untuk sembahyang. Sebab apa ? Sebab solat itu adalah tiang agama. Melalui cara tu la kita sebagai umat dapat mendekatkan diri dengan yang maha kuasa. In Shaa Allah



Betulkan bukanya susah untuk solat. Kejap ja pon. Just follow the step.
Semasa kecil la sepatutnya anak-anak didik untuk menunaikan solat. Biarlah mereka tidak hafal bacaan dalam solat yang penting mereka tau TERTIBnya solat. Kita ajar mereka step by step. X bleh jua terus-terus  paksa. Lama-lama anak-anak akan tau dan akan terbuka hati mereka untuk terus solat dan mempelajari bacaan-bacaan solat dan surah-surah dalam Al-Quran. Ibu bapa merupakan individu yang bertanggung jawab dalam memastikan anak-anak mereka menunaikan ibadah wajib ke atas Allah SWT. Segalanya terletak ditangan IBU BAPA. Bagaima acuan, begitulah kuih nya (:

Rindu pula si bapa. Kalau dekat rumah selalu nampak bapa solat. Time dekat asrama nie x nampak dh ):
Kalau dekat rumah, time masuk waktu solat kalau nampak bapa masuk kamar mandi aku pun cepat-cepat ambik wuduk, takut kena bebel.hahaha Time aku dekat asrama pun bapa sentiasa tanya. Memang aku tau la tu masa-masa yang dia akan call aku. Aku boleh hafal lagi dialog dia. Aku boleh agak apa yang akan dia tanya dulu. Pernah sekali dia tanya, 

Bapa : sudah solat?
Mimi : belum masuk waktu lagi.
Bapa : ermm di sini sudah Ishyak
Mimi : eyala , sana kan awal 1 jam. Relax la (:
Bapa : apa barang !! (ayat c bapa..hahaha) ko x sembahyang di masjid ka?
Mimi : erkk (terdiam seketika + tergagap menjawab..hihi) nantilah aku sembahyang di masjid. xda kawan.
Bapa : Aii mau p masjid pun mesti ada kawan ka ? bla .. bla ... bla...bla......
Mimi : ok2 . 

Azan maghrib berkumandang ~

Bapa : bah azan suda 2. p la solat
Mimi : ok (:

Kena sebijik.hahaha nda sabarnya aku mau balik. Rindu mau p masjid sama-sama dengan bapa dan adik-adik yang lain (:




In Shaa Allah nie la destinasi yang akan aku tuju nanti.... AMIN (:


2 comments:

  1. jom pakat2 la ajar anak kita solat. semoga kita sampai di makkah yang diidamkan semua umat Islam itu :)

    ReplyDelete