Saturday, June 15, 2013

B403

Assalammualaikum

Berakhir sudah semester 3 untuk semester 2 sesi 2013. Banyak kenangan yang tercipta , di cipta dan timbul semester 3 nie. Lain semester lain ragam dan lain gelagat pula kan.hihihi Apa-apa pun aku enjoy. Aku sayang kawan-kawan aku semuanya (:

Penghuni rumah 403 ni 1 MALAYSIA tau.hihihi Alhamdulillah, sayang dorang ketat-ketat. Suka duka semua kongsi bersama. Macam adik beradik. Makan sekali, main masak-masak sekali, round-round pasar malam sekali tapi mandi jak x sekali ya.hahahaha bilik mandi tu kongsi la =P


Layan hasil setiap ketikan daripada SONY (:



4 makhluk yang cun dekat atas sekali tu BORNEO Team.hihihi

Agnestina (Sarawakian)
Qia (Sabahan_LD)
Akma (Sabahan_SDKN)
Mimie (Sabahan_KDT)

Kami berkenal-kenal time sem satu lagi ( Sem satu nganga nganga ). In Shaa Allah sem depan kami akan duduk 1rumah lagi. Senang la gerakan kalau duduk 1 rumah.hihi betul kan guys (:




Nie la my housemate (: 
Ambik gambar by room mates..hahahaha 
Love you all guys

Akma yang bawa dekat port nie.ahaha pemandangan indah ( : 
Tapi Nik macam x suka jak . X masuk jiwa dia. Tapi kami paksa dia .hahahaha Thanx Nik 

Sayangnya Nik x duduk serumah dengan kami lagi sem depan. Dia mau berdikari di luar kolej pula. Kalau ada masalah Nik di alu-alu kan untuk datang ke rumah.hihihi Kalau kami ada kelas malam, rumah Nik pula jadi mangsa ya ..hahahahaha

Parimala merupakan sumber makanan kami.hahahaha 
Kalau dia balik Kajang, conform ada jak yang di pesan. Bawa nie, bawa tu.ngee
1st time aku makan manisan, tapi aku mau makan LADDU.hihi 
Aku teringin betul makan Laddu, tapi Pari kata Laddu payah mau buat. Dorang pun selalu main order jak kalau Depavali atau ada perayaan. Sem depan Pari janji mau bawa Laddu. Yahuuuu (:

2 minggu lepas Pari masak Nasi Beriani. aigooo Paromala, thanx a lot la sebab susah payah masak nasi beriani untuk kami semua.hihi
x jadi buat steam boat, makan nasi beriani pun jadi la kan mates ..ngee ~

Akma dengan Agnes pula mesti dengan gitar dorang. Aku dan Qia yang x pandai petik gitar nie cuma tumpang sumbangkan suara jak la.hahaha
Saja happy-happy kan diri yang bosan. 
Kena-kena lagi time exam. Semua nervous, apa lagi kami sempat karoke , basking dalam bilik. Memang terbaikkkkk ~

X sia-sia kita semua bersahabat untuk semester nie kan. Aku harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Mohon maaf sekiranya aku terkasar bahasa dengan kamu semua. Halal kan makan minum aku ya .hihihi 

Saturday, June 1, 2013

anugerah yang diberi

Assalammualaikum

Islam agamaku. Kabah kiblatku. Tiada yang perlu di sembah melainkan Allah.
Kita sebagai hamba Allah perlu mencari segala rahsia alam. Kerana apa ? Kerana Allah banyak menyembunyikan perkara-perkara atau sesuatu yang menarik di muka bumi ini. Maka dengan itu kita sebagai hamba perlu menerokai muka bumi yang Allah bagi pinjam untuk kita. SubahanAllah.

Aku juga masih merangkak mencari-cari keredhan Allah. Aku memerlukan bantuan untuk itu. Kerana aku tidaklah kaya dengan ilmu agama. Aku memang memerlukan seorang hamba allah yang guide aku ke arah kebenaran.

Syukur kehadrat ilahi kerana aku dikurniakan dua orang abang yang baik hati. Sorang nie, dia Banyak mengajar aku tentang agama. Banyak pesanan yang dia berikan. tapi cara dia lain, dia x akan cakap direct , dia akan berkias-kias. Sindiran yang pedas. Kalau kita dapat tangkap apa yang dia cakap, kita terimalah message yang dia cuba sampaikan. Kalau lambat pick up memang ermm faham-faham sendirilah.hahaha Aku memang menghargainya sampai sekarang. Kami akrab dan sering contact. Kalau ada apa-apa masalah aku akan berkongsi dengan dia. Aku senang untuk berkongsi cerita dengan dia (: Tapi keakraban itu tidak lama. Kerana apa ? aku pun x tau. Dia tiba-tiba menghilangkan diri seolah-olah dia menjauhkan diri dari aku. Maka aku hilanglah seorang abang yang baik. So sad   ): 

Yang sorang lagi nie pun sama juga, banyak pesanan yang dia bagi. aku kenal dia lebih 4 tahun dah. Tapi aku tidaklah rapat macam abang yang sorang lagi tu. Kalau abang yang nie pula dia cakap terus. x berkias-kias.hihi Kami akan contact bila perlu. Cuma kebelakangan nie kami menjadi rapat. Aku nampak ada perubahan dalam diri dia. Sebab sebelum nie dia lain, bukan yang macam sekarang. Like it (:    Aku sayang dia sangat, sayang sebagai abang ya. X lebih dari tu pun .hihihi Dulu dia banyak bantu aku time ada masalah. Hal kecik ja pun mau mengadu.hahaha Sampai kena ejek. ermm apa bleh buat =,=

Aku x mau kehilangan orang yang aku sayang. Sebab doranglah pemangkin semangat aku. Terutamanya my lovely family (:

p/s : Mendambakan seorang insan yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar dan menjadi imam aku suatu hari nanti. Amin (: