Thursday, December 11, 2014

katanya diam

Assalammualaikum

Direct to the point.

Owkeyh sekarang aku akan lebih ALERT dengan manusia-manusia yang BIKIN PANASSS. Terutamanya dengan manusia yang tidak tahu di untung, suka cakap belakag, suka cakap besar dan yang seangkatan dengannya. Aku tahu aku bukan manusia yang sempurna dan tidak ada sesiapapun manusia di dunia nie yang sempurna. Orang putih bilang NOBODY PERFECT.

Tapi yang buat aku naik angin nie, Selepas aku dengar cerita yang kurang enak kurang sedap di dengar.

1. Ada orang tu suka-suka hati menyindir dan meluahkan rasa tidak puas hati dia dekat orang yang pernah tolong dia selama ini. Buruk-buruk orang tu pun sekurang-kurangnya dia dapat dan dia sanggup tolong kau ke menara gading untuk capai impian kau tu. Tapi apa yang kau bagi dia??? Macam tu kah kau layan dia ? Memang aku tidak ada dalam kejadian tu tapi aku rasa sakit hati selepas dengar cerita. Memang sekarang dia susah. Suatu hari nanti kalau kau berada di bawah kau rasa juga apa yang dia rasa sekarang. Tolonglah jadi manusia yang mengenang budi.Jangan BONGKAK dan jangan ANGKUH dengan kemewahan yang tidak seberapa yang kau ada tu. Aku bukan cemburu dengan apa yang kau ada sekarang nie tapi aku tidak puas hati atas apa yang buat dekat dia. Sejujurnya aku benci dengan kau aku tak suka dengar nama kau lagi. Aku tak sangka kau berubah perangai selepas kau dapat apa yang kau ada sekarang nie. Ingat tidak ada benda yang kekal di dunia. Bila-bila masa kesenangan dan kemewahan yang kau ada akan di tarik balik. Sentiasalah beringat (peringatan untuk diri aku juga)

2. Yang ni pula cerita manusia yang tidak tahu menghargai pemberian dan tidak menjaga harta benda orang dengan baik. Kau sudah guna benda tu kau jagalah baik-baik. Time benda tu sudah rosak kau tak reti pula nak tolong buat. Pelik betul aku dengan manusia macam kau nie. Kau ingat kau siapa ? kau ada kena mengenakah ? ada pertalian darah ?? Pendek kata, tahu pinjam pandai-pandailah jaga harta benda orang. Nie semua benda yang kau guna semua kau rosakkan. Habis jahanam harta benda orang kau kerjakan.

aku manusia yang suka cakap terus bila aku betul-betul tak puas hati. Tapi kalau benda tu betul-betul mencapai tahap kesabaran aku, memang kena lah. Aku sound terus. Tapi aku x boleh buat tu sebab ada insan yang halang aku untuk bercakap terus dengan si pesalah. My goshhhhh !!! Bersabarlah wahai hati. Aku luahkan segalanya di sini setelah puas mengadu dengan Nya dan aku harap lepas nie aku tak fikir lagi benda sampah macam nie. Buat semak fikiran aku jak.

p/s : Harap kamu kamu dan kamu berubah.

Wednesday, December 10, 2014

1 step 2 step 3 step

Assalammualaikum

Dingin malam tirai kenanganku....

Malam ini sunyi sepi....

Lagu separuh jalan namanya tu. Siapa tahu bolehlah sambung nyanyi.kikikih

Malam-malam macam nie aku mudah betul teringat dengan my son Adrianto Afnan. Sekarang Afnan dah pandai merangkak. Minggu lalu Afnan baru pandai angkat badan untuk merangkak dan dapat gerakkan lutut untuk melangkah. Now Afnan dah laju angkat badan dan merangkak. Dua tiga langkah dan falling down.hihi badan tak stabil lagi. Slowly ya anak ibu.

Aku bersyukur sebab ada parents dan mentua yang memahami dan sporting. Tidak lupa juga untuk suami yang tersayang. Dia lagi memahami aku (kadang-kadang kottt) hahahaha 

Ya Allah murahkanlah rezeki mereka dan permudahkanlah segala urusan mereka di dunia dan akhirat. Aku sayang mereka mereka ini sangat-sangat. Mereka adalah insan yang paling penting dalam hidup aku.

Saturday, December 6, 2014

terseliuh hatiku


Assalammualaikum

Test test testt... N3 kali nie bukan berkaitan dengan segmen sudah ok. Rest sebentar dari bersegmen. N3 kali nie luahan perasaan yang terbuku dalam hati kecil aku nie.

Untu beberapa hari nie aku rasa sunyi sangat. Nampak sangat masa si dear kurang untuk aku dan masa dia akan di lebihkan untuk kawan-kawan dan motor dia. It's ok sokei sokei sokei

Aku bukannya apa, i need your attention even your not in front of me. So please understand me. I realy need you in every day and each second in my life. I don't know why you can't understand it and why you ignore me. Don't you know how much hurts ?? Maybe you can say, im here with you, i'm never go away... Yes i know it but what i need is i just want you just like before. I want to feel your love and care and also your full attention like before.

aiii kenapa ber bihaii sudah nie. Terlebih sudah...

Dear, tolong la. Aku betul-betul sunyi. Aku merajuk, aku sembunyikan diri, aku diam tak bersuara. Tapi ...... ermmm tidak apalah. Sakitnya hanya aku yang rasa.

Tuesday, December 2, 2014

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

Assalammualaikum....

Jom join segmen nie.. sambil bersegmen sambil tambah kenalan. Tambah follower. Hadiah pun lumayan juga tau...



Thursday, November 27, 2014

segmen : happy followers by nunu

Assalammualaikum

haaaa .. nie ada satu lagi segmen yang aku join. Bagi mereka yang nak tambah follower macam aku nie. Boleh la join segmen nie..Good luck !!


date line : 30 Nov 2014

Wednesday, November 26, 2014

give away by anamizu

Assalammualaikum...

Guys.... Another contest. Lets join and follow this blog...


 Klik this klik si sini


SYARAT-SYARAT:
1.Follow blog(ana-mizu.blogspot.com)
2.Copy paste banner GA dan backlink kat entry ni.
3.Tempek je link entry engkorang kat ruangan komen entry ni SAHAJA.
4.Wajib follow semua para penaja GiveAway ni.
5.Done. Senang je kan?
6.GiveAway ni tamat pada 12 pm 28 November 2014.

HADIAH ! HADIAH ! HADIAH!
Topup RM 5 = 7 pemenang



p/s:3rd trial

Monday, November 24, 2014

Segmen Mari Berkenalan

Assalammualaikum



Jom join segmen nie.. Tambah kenalan, tambah follower. Yang penting support blogger yang lain.

Join segmen pun boleh dapat hadiah yow. Jangan lepaskan peluang.

Keep in touch



Tarikh tutup : 15 Disember 2014

Sunday, November 16, 2014

Mini Lucky Draw





Pemenang akan dipilih melalui random.org. Nombor bertuah akan memenangi:




Hadiah pertama:

Baucer tunai RM50 rawatan Nu'della Malaysian Holistic Spa


Hadiah kedua:

Rantai Lovisa J. Crew Bubble.


Hadiah ketiga:

Set kosmetik mini Avon Simply Pretty (gincu dan eyeliner)




Hadiah saguhati:

Losyen pelembab Vaseline Total Moisture 25ml




Tarikh tutup: 30 November 2014


::Pakat ramai-ramai join Lucky Draw... 

p/s : 1st trial 

Friday, November 7, 2014

Happy Anniversary

Assalammualaikum

Syukur Alhamdulillah, hari nie (07 Nov) genap setahun rumahtangga yang dibina by wanto and mimie. Terima kasih ya Allah kerana beri kami berdua peluang untuk meneruskan hidup bersama-sama. Hasil perkahwinan nie, maka lahirlah our baby Adrianto Afnan. Buah hati kami berdua dan seisi keluarga.

Rasanya macam baru jak aku dengan wan kahwin. Terlalu cepat masa berlalu. Mana tidaknya, terlalu banyak selingan yang kadang-kadang buat aku lalai. 

Memandangkan aku yang jauh di seberang, dorang pula nun jauh di pulau kecil. Aku tau aku belum menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai isteri. Dan si suami faham dan memaafkan. Thanks dear, dear sangat memahami. Aci janji, aci akan lulus cemerlang. Amin Inshallah 

Aku bersyukur sangat sebab dapat sang suami yang penyabar (sebenarnya dia nie baran orangnya =,=)... Tapi entah macam mana ada masanya dia jadi cool. Adakah dia EKSEN SEJA ?hahaa 

Dia memang cuba bersabar. Tapi bila hati dan otaknya di palu bertubi-tubi tahap kesabaran dia akan turun mendadak dan .... tidak akan meledak, malah sebaliknya. Aku yang meledak. Mengadakan aku. Sot sikit kepala otak aku nie kalau bab perasaan. Maunya aku jak yang menang. Dan dia hanya mengiya kan sahaja. Tapi bila dia mengalah terlalu cepat aku rasa tak best pula sebab PERGADUHAN tidak berlaku di situ. Itu yang buat aku tak puas hati. (pelik tapi benar.. dia selalu cakap perangai yang macam tu lah yang merunsingkan memiringkan membiulkan otak dia..hahaha)sorry dear.

Lagi satu, si dear nie pandai masak. Aku memang tak pandai masak. Tapi bukannya tak pandai masak langsung. Maksud aku, masakan aku x sehebat masakan dia. Aku biasa masak yang goreng-goreng, tumis-tumis, sup-sup.. Bab makanan berempah nie aku ada failed sikit. Sorry dear, nanti aci belajar masak.

Teringat pula aku, pagi tu dia pesan tengah hari nanti masak ikan asam pedas. Aku akun aku x pandai, Tapi dia cakap tanya mama. Aku tanya, and i got the recipe. Tapi malangnya bahan tak cukup. Aku text dia, dan tengah hari tu dia bawa ikan masak asam pedas.. Sedih dan kesian aku tengok si dear. Maaf sebab isterimu ini tak pandai masak =(

Aku berharap aku :

1. Kami berdua akan semakin matang dalam alam perkahwinan 
(mana tak, kami terlalu banyak main, perangai kebudak2an, sampai selalu kena tegur oleh si mama...jiwa remaja kunun)

2. Menjadi parents yang adil dan berjaya untuk mendidik our beloved son

3. Ambil iktibar kesalahan, kesilapan lepas

4. No more fighting 
(ehhh boleh ka ? boleh ba kalau kau...gaduh-gaduh manja boleh la )

5. Masjid yang dibina kekal till jannah

6. Sentiasa di rahmati Allah

7. Diluaskan lagi rezeki sekeluarga

8. Tidak leka dengan godaan 
(godaan apakah ?? hahaha peringatan untuk diri sendiri juga)

9. Ikatan kasih sayang antara kita bertiga semakin utuh dan bertambah

10. Jangan kuat merajuk 
( bilalah part yang nie aku dapat ubah -actually bukan kuat merajuk, aku inginkan perhatian dan kasih sayang. Tapi jarak memisahkan kami..sob sob sob- itu yang kadang-kadang aku menjadi liar, eh liar pula tukar ayat. itu yang buat aku mengada-ngada dan minta puji.) 

Sunday, November 2, 2014

my man

di suatu malam itu
aku pejamkan mata dan rasakan engkau
kosongkan fikiran biar tenang jiwaku
hati kecilku mulai sampai ke situ
bayangmu jiwamu ada padaku

kuat tabah bersabar adalah engkau
kau kuatkan hatimu
lalui semua tanpaku
onak duri itu engkau radu

menangis meratap itu bukan engkau
duri racun kaca bisa sering datang pada mu
dengan hati yang baran lagi panas itu
engkau tepis satu persatu

duhai sayang bersabarlah
duhai hati bersabarlah
kepayahan yang kau lalui ada hikmah
suarakan sahaja pada Allah

untuk yang tersayang

Assalammualaikum

Cuaca malam nie sangat baik, syukur alhamdulillah. Sejuk dingin tapi tak la aku rasa sampai jadi beku. Sedang-sedang orang bilang. Sedap untuk tidur, untuk berehat setelah penat berjalan-jalan di pasar malam. ermmmm apa kaitan?? ada kaitankah ?? Mestilah ada. Kalau tiada kaitan, tak payahlah aku tidur untuk merehatkan diri. Biar jadi kelawar.

Sebenarnya wifi malam nie sangat good untuk buat assignment. Aku taip n3 nie pun ikut sedap jak. Kalau dapat post malam nie ya syukur, kalau tak dapat jadilah n3 aku nie perhiasan dalam draf.

Disebabkan tak dapat buat sisa tugasan yang ada, mulalah fikiran aku melayang ke pulau mutiara. Teringat dua orang lelaki yang aku sangat sayang sampai bila-bila. Hope dorang dua dalam keadaan sihat walafiat dan di rahmati Allah SWA.

Afnan ibu sekarang makan bubur nasi sudah. Sudu belum pun sampai dekat mulut, Afnan awal lagi nganga mulut dia, tangan dia pula cuba untuk capai tangan nenek dia.hahaha Aduiii Anak ibu nie tak pandai sabar. Jangan pula bila besar nanti payah-payah ibu suruh makan ya nak. Jadi anak yang baik, dengar cakap ibu,babah,nenek,atok dan semua orang. Ingat pesan ibu nie.

Dear, aci tau bcu penat kerja, penat jaga Afnan time malam (kalau Afnan tejaga). Thanks a lot dear sebab ambil alih tugas isteri buat sementara waktu. Aci janji, semua tu untuk sementara waktu sahaja. Aci cuti nanti, aci ambil alih balik tugas tu. Macam minggu lepas..hihihi

My lovely family, mudah-mudahan Allah luaskan rezeki kita sekeluarga, lancarkan segala urusan kita, beri kita sekeluarga kesihatan mental fizikal, selamatkan kita dunia akhirat.



Sunday, October 26, 2014

c u again

Assalammualaikum

Bumi Tanjung Malim say hai untuk aku. ermmm ok hai juga Tanjung Malim ku sayang. Secara rasminya mid sem break telah berakhir untuk sem nie. The end... Bukan churhart nie yang end , tapi cuti aku yang end ending..

Seminggu cuti, maka seminggu jugalah aku bersama-sama family kecil aku. Ada baba ada Afnan. Kesayangan aku dunia akhirat. Merekalah yang buat hari-hari cuti aku meriah , happy , no stres , no assignment , semuanya getting free orang bilang.

Banyak perkembangan Afnan yang ibu nampak. Syukur alhamdulillah.

Aktiviti :
 Ahad ; Pagi ahad yang indah kami p tamu dan tengok basking. Afnan tak berminat dan tak tertarik pun dengan muzik basking tu. Ada satu benda yang buat dia tertarik time tu , kamu semua mau tahu apa.. ermmm sudah semestinya MAINAN.hahaha colourfull kali ar itu la mata Afnan tak lari dari tengok mainan tu. Pandai anak ibu. Lepas tu jalan-jalan dan lunch at UK .. uiii bukan United Kingdom ar, tapi Ujana Kewangan ..hihihi

Isnin ; Bawa Afnan p klinik. Syukur berat Afnan bertambah, tinggi pun meninggkat. Terima kasih ya Allah. Petang tu, lepas dari klinik kami ikut babah p hantar barang dekat KKIA then kami p pasar malam. Shopping barang sikit then balik rumah. Sebab Afnan ngantuk. Malam tu Afnan lemas, tidur sampai esok pagi. Mungkin sebab kena inject.

Selasa ; Pagi tu aku rasa dahi Afnan panas, kepala panas, leher panas. Aduiii anak ibu kena demam. Kesian anak ibu. Semoga cepat sembuh. Selesai Afnan mandi, aku bagi dia minum susu . Lepas tu bagi dia minum ubat, tapi x banyak sebab Afnan ibu tak suka makan ubat. "Afnan mesti pandai makan ubat, kalau tak macam mana anak ibu mau sembuh nie". Seharian Afnan lemas, not in mood . Tapi syukurlah afnan aktif, tak la terlentang jak di atas katil. Malam tu aku memang tak dapat tidur sebab takut panas badan Afnan naik lagi. Suhu panas badan Afnan x tentu, kejap naik kejap turun. dekat pukul 3 setengah baru aku dapat tidur sebab aku yakin panas badan dia turun.

Rabu ; Pagi tu aku pegang dahi Afnan dan syukur alhamdulillah, anak ibu sihat. Lepas zohor kami keluar, outing katanya.hihi Babah tak keja sebab PUBLIC holiday. Happy Dewali.... Jalan-jalan ke UK again and again sampai aku naik bosan. Babah cakap Labuan nie kecil , tiada tempat untuk jalan-jalan. Tak macam Sabah. ermmmmm Aku mula sulk. Babah pujuk dengan ikan tongkol bakar. WOW ... tenkiuuu lover...Kami pun berdinerlah di warung Abng anto.hihi

Khamis ; Siang tu aku main-main , manja-manja dengan Afnan. Ibu mana yang tak rindu anak. Kalau aku kira hari, aku mulai risau sebab aku tahu tak lama lagi aku akan balik UPSI.huhu Tapi aku tak mau fikir semua tu. Enjoyyy duluuuu ~ Petang aku dengan babah p LPKN ambik pil perancang. Then ambik ikan dekat kiamsam untuk di jual. Malam tu aku belajar macam mana panggang ikan . yeaahhh ... Maka tercetuslah idea , aku mau buka gerai ikan bakar walaupun aku ada kerja tetap nanti. Aku rasa enjoy time bakar ikan . Thanks dear sebab ajar isteri mu ini walaupun keras kepala sikit . Sikit jak ar..hihihihi

Jumaat ; Aku cuba guna sepenuhnya masa yang ada bersama yang tersayang . Hari semakin dekat . Aku rasa tak mau balik TM . Tiamauuuuu

Sabtu ; On the way p airport , Afnan duduk diam di pangkuan aku . Duduk diam tak aktif macam selalu . Dia tahukah aku mau balik TM nie ? Bagi susu tak mau . Afnan tunjuk protes kah ? Mengauskah dia ? aduiii susah hati aku. Dekat airport pun tak mau berlepas . Kepala bulat Afnan lentok di bahu aku . Tambah berat hati aku mau tinggalkan Afnan . Ibu sayang Afnan ma babah , nanti ibu balik jua nie . Tunggu jak ibua datang ar kesanyangan kesayangan ibu... Pukul 2pm alhamdulillah aku selamat sampai di bumi tanjung malim.

Malam tadi baba call , bagitahu yang afnan tak mau menyusu . Mama cakap mungkin Afnan ingat dan tercari-cari ibunya. Kesian Afnan . 

Ok la full stop

Payah cerita panjang-panjang nanti hujan dan ribut taufan datang pula.

Time to sleep. Bismikallah humma ahya waamut



Thursday, October 16, 2014

Hari ini

Assalammualaikum

Hari nie hari Khamis. Sudah semestinya esok hari Jumaat kan ???

yearhhhh !!! Jumaat petang aku dan roomate akan meninggalkan bumi Tg.Malim untuk beberapa hari. Jumpa lagi next week..hihihi

Kenapa kan jua aku nie. Belum lagi cuti sudah sibuk-sibuk cakap itu dan ini.hahahaha my sis cakap, otak aku ada dekat labuan sudah. Ya memang pon..hahaha Tak sabar jumpa Afnan ibu. Yank tunggu ibu datang ya nak..

Excited nya si ibu. Kasian, sebulan lebih tak jumpa anak. Gila kau tak rindu. Dengan anak buah pun rindu ini kan lagi anak sendiri. 

Ibu ada belikan Afnan baju, baju apa ya .. Suprise.. Nanti anty Qia tolong ambilkan dekat pos laju hari nie. Lusa ibu boleh bawa balik then Afnan ibu pakai baju baru.Say thank you to anty Qia ar yank.

Recovery energy dulu. Sleepy, petang nie kelas renang pula =,=

Wednesday, October 15, 2014

Melayang

Assalammualaikum

Tinggal beberapa hari lagi cuti akan menghamparkan karpet merah.. Yippieee

x sabar aku mau fly. Come back home orang putih cakap..

Dapat jumpa Afnan and Baba. Kalau ada rezeki dapat juga balik Kudat, jumpa dorang bapa. Rindu dorang banyak-banyak.

Menghitung hari .. tik tok tik tok

Sunday, October 12, 2014

Selinggan

Assalammualaikum

Usai sudah cerita engkau dan aku.haaaa itu lirik lagu. Aku nak cerita nie pasal aktiviti yang tidak dirancang.

Selesai makan malam bersama bestieeees si cik kema, aku pun masuk dalam bilik untuk buat assignmnet katanya. Folder dalam latop di buka dan di tutup semula. Kenapakah ??? Jawapannya senang jak, aku belum ada mood untuk buat sebarang kerja.

Tak lama lepas tu, Cik Kema masuk dalam bilik. Ajak aku dengan roomate tengok Battle Of the Band dekat Dewan SITC. Aku dengan Qia tak lepaskan peluang keemasan. Kena-kena lagi time bosan macam tadi. Aku dengan Qia mengIYA kan pelawaan si Akma.

Sampai dekat dewan, aku enjoy jugalah dengan persembahan dari Universiti yang lain. Tahniah atas usaha masing-masing guys.. 

Battle Of The Band nie di sertai oleh semua Universiti di semenanjung Malaysia. Kalau ada dari Borneo lagi BAIK. Tapi dalam persembahan daru USM, muzik dan tarian yang dorang bawa ada ciri-ciri Borneo. Rindu Home Town aku.

Selesai jak persembahan dari juri, kami terus chow chin chiii. Kupi-kupi dulu sebelum balik rumah.hihihi

Sampai rumah, masih terpingga-pingga depan laptop. Kepala sakit sebab mengantuk tapi aku masih tak dapat tidur. Now im trying go to sleep.

Bismikallah humma ahya waamut

Tidur dulu. Inshallah esok jumpa lagi.

Saturday, October 11, 2014

Maaf Andai Aku Biadab


aku tidak mahu biadab
aku tidak suka menjadi biadab
aku mencuba untuk tidak biadab
kadang-kadang aku terbiadab
kebiadabanku disebabkan kebiadaban orang terhadapku
kadang-kadang aku tidak dapat menerima kebiadaban orang terhadapku
itu menyebabkan aku bertindak biadab
kadang-kadang kebiadaban itu perlu diatasi dengan kebiadaban
barulah orang yang biadab itu sedar akan kebiadaban dirinya

#CopyPastePenZarul

Wednesday, October 8, 2014

TidakTauLaituuu

Assalammualaikum

Hari aku terkena tekanan perasaan oleh si dia. Terseliuh dan bengkak sudah hati aku nie. Damn !!

Dibiarkan sahaja hati yang bengkak dan terseliuh tu. Lama-lama luka akan bertambah parah dan bernanah. Beware !

Ok thats all. Ada mata yang memerhati.

Tuesday, September 30, 2014

Persoalan



Aku benggang dengan Kau
Aku muak dengan kata-kata manis dari Kau
Aku sebal dengan sikap Kau
Aku jemu dengan kata maaf dari Kau

Pernahkah Kau rasakan betapa sakitnya jiwa ku ?
Pernahkah Kau terfikir akan perasaan ku ?
Pernahkah Kau ketahui betapa aku merindui dirimu ?
Pernahkah Kau terfikir bahawa engkau seorang yang ego ?

Jangan kau salah tafsirkan setiap persoalan yang aku ajukan
Bukan niat untuk mempertikaikan kemampuan kudrat kalian semua
Niat aku hanya satu iaitu ingin mengetahui bagaimana keadaannya
Tapi kenapa setiap persoalan itu Kau salah ertikan ?

Kirimkan pada bayu kerinduan ku terhadap kalian berdua ~


Kau Ingat Kau Siapa ??

Assalammualaikum

Macam-macam perasaan aku sekarang nie, bercampur baur. Emosi kah aku ? tak Profesional kah aku ? Up to u. Judge me if that make u comfortable. Revenge ?? Ok my pleasure.

Tahap kebencian aku sekarang sampai tahap atas sudah. Tiada had sudah nie. Selalu buat aku naik angin. Kalau kau ada depan mata aku nie mau jak aku tampar-tampar muka kau selaju yang mungkin.

Macam aku takut dengan kau. Punyalah aku geram dengan kau nie. Kau ingat kau siapa. Kau ingat kau berkuasa sangatkah ?

eiiiiii geram geram geram .....!!!

Monday, September 29, 2014

Missing

Assalammualaikum

Hari nie bersamaan hari isnin , dalam kotak jadual waktu aku hanya ada 1 kelas jak hari ini . Hati gembira dan relax sebab kelas dibatalkan. hurayyyy !!

Hati gembira dan relax katanya, tapi lama kelamaan hati menjadi resah. Rindukan seseorang...

Afnan ibu tengah buat apalah sekarang nie.huhu

Aku wasap Fara, minta gambar Afnan yang ada dalam HP dia.hahahaha kesian c Fara, time dia lunch aku kacau pula dia. Sorry ipar.hihihi

Aku dapat gambar Afnan time nanan masi dekat hospital lagi. Ya Allah rindunyaa saat-saat melahirkan anak ibu. Syukur Alhamdulillah sebab Allah bagi aku kemudahan untuk melahirkan seorang bayi yang comel dan sempurna paras rupanya. Mudah-mudahan akhlaknya juga sempurna. Inshallah amin

Afnan adalah kebanggan Baba dan Ibu, jadi anak yang baik ar yank. Miss u much dear ...

Adrianto Afnan


Tengok gelagat Afnan, time nie dia tak pandai tiarap lagi. Aku yang bantu dia untuk tiarap, bukan main suka lagi Afnan ibu nie tiarap. Sampai senget sebab tak pandai imbang badan lagi.hihihi

Leka

Assalammualaikum

Siang berganti malam, malam berganti tengah malam, tengah malam berganti subuh, subuh berganti pagi, pagi berganti tengah hari, tengah hari berganti petang dan seterusnya....

Asyik akku buat assignment tiba-tiba ada yang mengganggu fikiran aku. Teringat pula dengan my mumuk. Apalah yang anak ibu buat sekarang nie ar. Mestilah tengah tidurkan. Bukan macam ibunya nie, ada hati mau jadi burung hantu. Nie assignment punya pasal dan gara-gara over doss tidur petang tadi.

Ibu rindu dengan anak ibu, tak sabar rasanya jumpa Afnan. Afnan ibu tunggu kedatangan ibu ar yayank. Nanti ibu bawakan ole-ole untuk Afnan.

Mudah mudahan Afnan jadi anak yang soleh, dengar cakap ibu dengan baba dan orang yang lebih tua dari Afnan. Ambil semua nasihat yang Afnan dapat. Untuk kebaikan. Kalau benda yang tak baik, Afnan ibu tak payah ikut.

Dua hari lepas baba ada bagitau yang Afnan boleh tiarap tanpa bantuan sudah. yeaaaahhh !! good job dear. Usaha tangga kejayaan kan yank.. Baba cakap sekarang nie risau pula sebab kena lebih alert dngan Afnan , sebabnya yayank suka tiarap. Kemahiran baru la katakan, itu yang Afnan balik-balik try. Kalau dulu, dia mula-mula boleh teriak, setiap hari Afnan teriak ketawa-ketawa.hahaha

Syukurlah dapat lihat perkembangan anak walaupun sekejap. Nanti ibu cuti sem, ibu jaga Afnan walaupun sekejap. Rindu anak ibu sangat-sangat. Baba nya tak payah cakap, kami selalu fighting .hahaha hal kecil jak pun. Baba masak sudah dengan perangai aku kalau kami berjauhan. Ada jak yang tak kena. Betebiat kan aku... ceh... Biarlah....

Afnan dan Baba penguat semangat Ibu untuk terus study dan study.

Love both of you <3

Saturday, September 27, 2014

testing ~

Assalammualaikum little diary

Lama jua aku tinggalkan kau ya. Sorry la. busy sikit dan banyak..hihihi

Today kita main touch up touch up ar.. Kalau rajin , memang siap la hari nie, kalau hangat hangat taik manuk , memang half half jak la kena touch up nie ..

ok c u latter ...

Sunday, January 12, 2014

simpati dan empati

Assalammualaikum

Alhamdulillah syukur kepada ilahi kerana diberi peluang bernafas. Tiba-tiba terjaga la pula dari lena.huhu memang payahlah untuk tidur balik nie. x tau la dapat sambung tidur pukul berapa nie. Kena-kena lagi aku ditemani dengan segelas teh o . perghhh nyaman . sambil cecah cecah si chips more.. ermm sodap =)

Awal pagi macam nie ada ceta yang aku mau kongsi, berkenaan dengan sikap manusia zaman sekarang.

Part 1
Seorang pakcik driver nie mengeluh dengan sikap pelajar yang x reti beratur sebelum naik bas.

Katanya

"Bas belum berhenti tapi semua pelajar berlari-lari untuk kejar bas dan berdiri betul-betul di hadapan pintu bas. Andai katalah kan ada sorang pelajar TERtolak sorang student yang berdiri betul-betul di tepi bas dan kaki pelajar tu di pijak oleh tayar bas. Hah macam mana tu??"

"Kami sebagai driver bas yang berdaftar ada etika dia, kami akan berhentikan bas betul-betul dalam petak empat segi yang disediakan. x lebih dan x akan kurang. Jadi semua pelajar x payahlah terhegeh-hegeh mengejar bas macam anak ayam yang baru nak masuk kandang"

"Berat bas bukannya ringan nak oi, dekat 11tan beratnya. silap haribulan kaki pelajar tu boleh kena potong tau dek kerana tulang dah hancur"

"Mak bapak budak sekarang bukan macam dulu. Mak bapak sekarang tahunya menunding jari dan saman. Cerita sebenar disebalik kejadian tu mereka x tahu. Yang dorang tahu, anak mereka sentiasa berada dipihak yang benar"

"Driver bas jugak yang kena nanti. Kami yang kena saman dan masuk penjara kalau ada pelajar yang terlanggar dan sebagainya. "

Telan liur aku dibuatnya oleh si pakcik driver. Jujur aku x terasa langsung dengan cerita pakcik tu sebab aku x pernah buat perangai macam tu selama aku belajar. Syukur alhamdulillah. Ada betulnya ceta dan kata-kata pakcik tu. Memang di akui student x sabar-sabar nak naik bas. Mungkin sebab takut x dapat tempat duduk. Alahai , apalah salahnya berdirikan. Bukannya berdiri berjam-jam pun. Setenggah jam pun x sampailah. Student sekarang nie bergaya jak lebih. Kadang-kadang tu geram jugak aku dengan sikap dan perangai mereka yang x sabar-sabar untuk naik bas. Suka tolak-tolak. Macam aku nak bagi pelempang jak dekat orang yang tolak aku dari belakang tu. NO attitude, macam tu ka bakal seorang guru ?? tepuk dada tanya selera.


Part 2
Kejadian nie berlaku time aku dengan house mate g pasar malam. Kesian betul aku dengan peminta sedekah yang bertempiaran di pasar malam tu. Siap bawa anak kecil lagi. Aku kesian dengan anak kecil tu. Dorang x tau apa-apa lagi, sudah dibawa mengemis. Aku pun binggung, sama ada pengemis-pengemis tu di hantar oleh agensi atau memang dorang nak mengemis.huhu allahualam..

Ada pula, yang minta sedekah betul-betul depan bank. Tempat yang mereka pilih memang strategik. Depan bank tu.huhuhu ada pula si peminta sedekah tu kudung kakinya, jalan mengensot-ngensot, kudung tangan, yang buta belum lagi aku jumpa.

Aku pernah juga bagi derma dekat mereka. Kadang-kadang tu timbul juga prasangka yang negative dekat pengemis tu.huhu semoga Alllah membuka pintu rezeki mereka dan memberi mereka kesenangan hidup dunia dan akhirat.

Karma

Assalammualaikum

Saja nak meluah di alam maya setelah puas meluah dan mengadu dengan maha esa..

Setiap perhubungan pasti akan di uji. Setiap ujian ada tahapnya. Ujian yang diberikan adalah mengikut kemampuan individu itu sendiri. Allah tidak akan menguji di luar kemampuan umatnya. Terima kasih ya Allah. Zikrullah. Itu adalah penawar yang terbaik.

Cinta jarak jauh. Aku biasa sudah dengan keadaan macam tu. tidak ada masalah dengan cinta jarak jauh. Bezanya sekarang, aku sudah bergelar isteri. Kunci kepada cinta jarak jauh adalah KEPERCAYAAN dan KEJUJURAN. Hilang kepercayaan dan kejujuran maka akan hancurlah segalanya.

Apa pun aku tabek dengan orang tu sebab berani. Berani mencuba. Tapi ingat, Allah itu maha adil. Buat baik dibalas baik, buat jahat akan di balas jahat jugak.