Sunday, January 12, 2014

Karma

Assalammualaikum

Saja nak meluah di alam maya setelah puas meluah dan mengadu dengan maha esa..

Setiap perhubungan pasti akan di uji. Setiap ujian ada tahapnya. Ujian yang diberikan adalah mengikut kemampuan individu itu sendiri. Allah tidak akan menguji di luar kemampuan umatnya. Terima kasih ya Allah. Zikrullah. Itu adalah penawar yang terbaik.

Cinta jarak jauh. Aku biasa sudah dengan keadaan macam tu. tidak ada masalah dengan cinta jarak jauh. Bezanya sekarang, aku sudah bergelar isteri. Kunci kepada cinta jarak jauh adalah KEPERCAYAAN dan KEJUJURAN. Hilang kepercayaan dan kejujuran maka akan hancurlah segalanya.

Apa pun aku tabek dengan orang tu sebab berani. Berani mencuba. Tapi ingat, Allah itu maha adil. Buat baik dibalas baik, buat jahat akan di balas jahat jugak.

No comments:

Post a Comment