Sunday, January 12, 2014

simpati dan empati

Assalammualaikum

Alhamdulillah syukur kepada ilahi kerana diberi peluang bernafas. Tiba-tiba terjaga la pula dari lena.huhu memang payahlah untuk tidur balik nie. x tau la dapat sambung tidur pukul berapa nie. Kena-kena lagi aku ditemani dengan segelas teh o . perghhh nyaman . sambil cecah cecah si chips more.. ermm sodap =)

Awal pagi macam nie ada ceta yang aku mau kongsi, berkenaan dengan sikap manusia zaman sekarang.

Part 1
Seorang pakcik driver nie mengeluh dengan sikap pelajar yang x reti beratur sebelum naik bas.

Katanya

"Bas belum berhenti tapi semua pelajar berlari-lari untuk kejar bas dan berdiri betul-betul di hadapan pintu bas. Andai katalah kan ada sorang pelajar TERtolak sorang student yang berdiri betul-betul di tepi bas dan kaki pelajar tu di pijak oleh tayar bas. Hah macam mana tu??"

"Kami sebagai driver bas yang berdaftar ada etika dia, kami akan berhentikan bas betul-betul dalam petak empat segi yang disediakan. x lebih dan x akan kurang. Jadi semua pelajar x payahlah terhegeh-hegeh mengejar bas macam anak ayam yang baru nak masuk kandang"

"Berat bas bukannya ringan nak oi, dekat 11tan beratnya. silap haribulan kaki pelajar tu boleh kena potong tau dek kerana tulang dah hancur"

"Mak bapak budak sekarang bukan macam dulu. Mak bapak sekarang tahunya menunding jari dan saman. Cerita sebenar disebalik kejadian tu mereka x tahu. Yang dorang tahu, anak mereka sentiasa berada dipihak yang benar"

"Driver bas jugak yang kena nanti. Kami yang kena saman dan masuk penjara kalau ada pelajar yang terlanggar dan sebagainya. "

Telan liur aku dibuatnya oleh si pakcik driver. Jujur aku x terasa langsung dengan cerita pakcik tu sebab aku x pernah buat perangai macam tu selama aku belajar. Syukur alhamdulillah. Ada betulnya ceta dan kata-kata pakcik tu. Memang di akui student x sabar-sabar nak naik bas. Mungkin sebab takut x dapat tempat duduk. Alahai , apalah salahnya berdirikan. Bukannya berdiri berjam-jam pun. Setenggah jam pun x sampailah. Student sekarang nie bergaya jak lebih. Kadang-kadang tu geram jugak aku dengan sikap dan perangai mereka yang x sabar-sabar untuk naik bas. Suka tolak-tolak. Macam aku nak bagi pelempang jak dekat orang yang tolak aku dari belakang tu. NO attitude, macam tu ka bakal seorang guru ?? tepuk dada tanya selera.


Part 2
Kejadian nie berlaku time aku dengan house mate g pasar malam. Kesian betul aku dengan peminta sedekah yang bertempiaran di pasar malam tu. Siap bawa anak kecil lagi. Aku kesian dengan anak kecil tu. Dorang x tau apa-apa lagi, sudah dibawa mengemis. Aku pun binggung, sama ada pengemis-pengemis tu di hantar oleh agensi atau memang dorang nak mengemis.huhu allahualam..

Ada pula, yang minta sedekah betul-betul depan bank. Tempat yang mereka pilih memang strategik. Depan bank tu.huhuhu ada pula si peminta sedekah tu kudung kakinya, jalan mengensot-ngensot, kudung tangan, yang buta belum lagi aku jumpa.

Aku pernah juga bagi derma dekat mereka. Kadang-kadang tu timbul juga prasangka yang negative dekat pengemis tu.huhu semoga Alllah membuka pintu rezeki mereka dan memberi mereka kesenangan hidup dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment