Tuesday, September 30, 2014

Persoalan



Aku benggang dengan Kau
Aku muak dengan kata-kata manis dari Kau
Aku sebal dengan sikap Kau
Aku jemu dengan kata maaf dari Kau

Pernahkah Kau rasakan betapa sakitnya jiwa ku ?
Pernahkah Kau terfikir akan perasaan ku ?
Pernahkah Kau ketahui betapa aku merindui dirimu ?
Pernahkah Kau terfikir bahawa engkau seorang yang ego ?

Jangan kau salah tafsirkan setiap persoalan yang aku ajukan
Bukan niat untuk mempertikaikan kemampuan kudrat kalian semua
Niat aku hanya satu iaitu ingin mengetahui bagaimana keadaannya
Tapi kenapa setiap persoalan itu Kau salah ertikan ?

Kirimkan pada bayu kerinduan ku terhadap kalian berdua ~


No comments:

Post a Comment