Sunday, October 26, 2014

c u again

Assalammualaikum

Bumi Tanjung Malim say hai untuk aku. ermmm ok hai juga Tanjung Malim ku sayang. Secara rasminya mid sem break telah berakhir untuk sem nie. The end... Bukan churhart nie yang end , tapi cuti aku yang end ending..

Seminggu cuti, maka seminggu jugalah aku bersama-sama family kecil aku. Ada baba ada Afnan. Kesayangan aku dunia akhirat. Merekalah yang buat hari-hari cuti aku meriah , happy , no stres , no assignment , semuanya getting free orang bilang.

Banyak perkembangan Afnan yang ibu nampak. Syukur alhamdulillah.

Aktiviti :
 Ahad ; Pagi ahad yang indah kami p tamu dan tengok basking. Afnan tak berminat dan tak tertarik pun dengan muzik basking tu. Ada satu benda yang buat dia tertarik time tu , kamu semua mau tahu apa.. ermmm sudah semestinya MAINAN.hahaha colourfull kali ar itu la mata Afnan tak lari dari tengok mainan tu. Pandai anak ibu. Lepas tu jalan-jalan dan lunch at UK .. uiii bukan United Kingdom ar, tapi Ujana Kewangan ..hihihi

Isnin ; Bawa Afnan p klinik. Syukur berat Afnan bertambah, tinggi pun meninggkat. Terima kasih ya Allah. Petang tu, lepas dari klinik kami ikut babah p hantar barang dekat KKIA then kami p pasar malam. Shopping barang sikit then balik rumah. Sebab Afnan ngantuk. Malam tu Afnan lemas, tidur sampai esok pagi. Mungkin sebab kena inject.

Selasa ; Pagi tu aku rasa dahi Afnan panas, kepala panas, leher panas. Aduiii anak ibu kena demam. Kesian anak ibu. Semoga cepat sembuh. Selesai Afnan mandi, aku bagi dia minum susu . Lepas tu bagi dia minum ubat, tapi x banyak sebab Afnan ibu tak suka makan ubat. "Afnan mesti pandai makan ubat, kalau tak macam mana anak ibu mau sembuh nie". Seharian Afnan lemas, not in mood . Tapi syukurlah afnan aktif, tak la terlentang jak di atas katil. Malam tu aku memang tak dapat tidur sebab takut panas badan Afnan naik lagi. Suhu panas badan Afnan x tentu, kejap naik kejap turun. dekat pukul 3 setengah baru aku dapat tidur sebab aku yakin panas badan dia turun.

Rabu ; Pagi tu aku pegang dahi Afnan dan syukur alhamdulillah, anak ibu sihat. Lepas zohor kami keluar, outing katanya.hihi Babah tak keja sebab PUBLIC holiday. Happy Dewali.... Jalan-jalan ke UK again and again sampai aku naik bosan. Babah cakap Labuan nie kecil , tiada tempat untuk jalan-jalan. Tak macam Sabah. ermmmmm Aku mula sulk. Babah pujuk dengan ikan tongkol bakar. WOW ... tenkiuuu lover...Kami pun berdinerlah di warung Abng anto.hihi

Khamis ; Siang tu aku main-main , manja-manja dengan Afnan. Ibu mana yang tak rindu anak. Kalau aku kira hari, aku mulai risau sebab aku tahu tak lama lagi aku akan balik UPSI.huhu Tapi aku tak mau fikir semua tu. Enjoyyy duluuuu ~ Petang aku dengan babah p LPKN ambik pil perancang. Then ambik ikan dekat kiamsam untuk di jual. Malam tu aku belajar macam mana panggang ikan . yeaahhh ... Maka tercetuslah idea , aku mau buka gerai ikan bakar walaupun aku ada kerja tetap nanti. Aku rasa enjoy time bakar ikan . Thanks dear sebab ajar isteri mu ini walaupun keras kepala sikit . Sikit jak ar..hihihihi

Jumaat ; Aku cuba guna sepenuhnya masa yang ada bersama yang tersayang . Hari semakin dekat . Aku rasa tak mau balik TM . Tiamauuuuu

Sabtu ; On the way p airport , Afnan duduk diam di pangkuan aku . Duduk diam tak aktif macam selalu . Dia tahukah aku mau balik TM nie ? Bagi susu tak mau . Afnan tunjuk protes kah ? Mengauskah dia ? aduiii susah hati aku. Dekat airport pun tak mau berlepas . Kepala bulat Afnan lentok di bahu aku . Tambah berat hati aku mau tinggalkan Afnan . Ibu sayang Afnan ma babah , nanti ibu balik jua nie . Tunggu jak ibua datang ar kesanyangan kesayangan ibu... Pukul 2pm alhamdulillah aku selamat sampai di bumi tanjung malim.

Malam tadi baba call , bagitahu yang afnan tak mau menyusu . Mama cakap mungkin Afnan ingat dan tercari-cari ibunya. Kesian Afnan . 

Ok la full stop

Payah cerita panjang-panjang nanti hujan dan ribut taufan datang pula.

Time to sleep. Bismikallah humma ahya waamut



Thursday, October 16, 2014

Hari ini

Assalammualaikum

Hari nie hari Khamis. Sudah semestinya esok hari Jumaat kan ???

yearhhhh !!! Jumaat petang aku dan roomate akan meninggalkan bumi Tg.Malim untuk beberapa hari. Jumpa lagi next week..hihihi

Kenapa kan jua aku nie. Belum lagi cuti sudah sibuk-sibuk cakap itu dan ini.hahahaha my sis cakap, otak aku ada dekat labuan sudah. Ya memang pon..hahaha Tak sabar jumpa Afnan ibu. Yank tunggu ibu datang ya nak..

Excited nya si ibu. Kasian, sebulan lebih tak jumpa anak. Gila kau tak rindu. Dengan anak buah pun rindu ini kan lagi anak sendiri. 

Ibu ada belikan Afnan baju, baju apa ya .. Suprise.. Nanti anty Qia tolong ambilkan dekat pos laju hari nie. Lusa ibu boleh bawa balik then Afnan ibu pakai baju baru.Say thank you to anty Qia ar yank.

Recovery energy dulu. Sleepy, petang nie kelas renang pula =,=

Wednesday, October 15, 2014

Melayang

Assalammualaikum

Tinggal beberapa hari lagi cuti akan menghamparkan karpet merah.. Yippieee

x sabar aku mau fly. Come back home orang putih cakap..

Dapat jumpa Afnan and Baba. Kalau ada rezeki dapat juga balik Kudat, jumpa dorang bapa. Rindu dorang banyak-banyak.

Menghitung hari .. tik tok tik tok

Sunday, October 12, 2014

Selinggan

Assalammualaikum

Usai sudah cerita engkau dan aku.haaaa itu lirik lagu. Aku nak cerita nie pasal aktiviti yang tidak dirancang.

Selesai makan malam bersama bestieeees si cik kema, aku pun masuk dalam bilik untuk buat assignmnet katanya. Folder dalam latop di buka dan di tutup semula. Kenapakah ??? Jawapannya senang jak, aku belum ada mood untuk buat sebarang kerja.

Tak lama lepas tu, Cik Kema masuk dalam bilik. Ajak aku dengan roomate tengok Battle Of the Band dekat Dewan SITC. Aku dengan Qia tak lepaskan peluang keemasan. Kena-kena lagi time bosan macam tadi. Aku dengan Qia mengIYA kan pelawaan si Akma.

Sampai dekat dewan, aku enjoy jugalah dengan persembahan dari Universiti yang lain. Tahniah atas usaha masing-masing guys.. 

Battle Of The Band nie di sertai oleh semua Universiti di semenanjung Malaysia. Kalau ada dari Borneo lagi BAIK. Tapi dalam persembahan daru USM, muzik dan tarian yang dorang bawa ada ciri-ciri Borneo. Rindu Home Town aku.

Selesai jak persembahan dari juri, kami terus chow chin chiii. Kupi-kupi dulu sebelum balik rumah.hihihi

Sampai rumah, masih terpingga-pingga depan laptop. Kepala sakit sebab mengantuk tapi aku masih tak dapat tidur. Now im trying go to sleep.

Bismikallah humma ahya waamut

Tidur dulu. Inshallah esok jumpa lagi.

Saturday, October 11, 2014

Maaf Andai Aku Biadab


aku tidak mahu biadab
aku tidak suka menjadi biadab
aku mencuba untuk tidak biadab
kadang-kadang aku terbiadab
kebiadabanku disebabkan kebiadaban orang terhadapku
kadang-kadang aku tidak dapat menerima kebiadaban orang terhadapku
itu menyebabkan aku bertindak biadab
kadang-kadang kebiadaban itu perlu diatasi dengan kebiadaban
barulah orang yang biadab itu sedar akan kebiadaban dirinya

#CopyPastePenZarul

Wednesday, October 8, 2014

TidakTauLaituuu

Assalammualaikum

Hari aku terkena tekanan perasaan oleh si dia. Terseliuh dan bengkak sudah hati aku nie. Damn !!

Dibiarkan sahaja hati yang bengkak dan terseliuh tu. Lama-lama luka akan bertambah parah dan bernanah. Beware !

Ok thats all. Ada mata yang memerhati.