Friday, November 7, 2014

Happy Anniversary

Assalammualaikum

Syukur Alhamdulillah, hari nie (07 Nov) genap setahun rumahtangga yang dibina by wanto and mimie. Terima kasih ya Allah kerana beri kami berdua peluang untuk meneruskan hidup bersama-sama. Hasil perkahwinan nie, maka lahirlah our baby Adrianto Afnan. Buah hati kami berdua dan seisi keluarga.

Rasanya macam baru jak aku dengan wan kahwin. Terlalu cepat masa berlalu. Mana tidaknya, terlalu banyak selingan yang kadang-kadang buat aku lalai. 

Memandangkan aku yang jauh di seberang, dorang pula nun jauh di pulau kecil. Aku tau aku belum menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai isteri. Dan si suami faham dan memaafkan. Thanks dear, dear sangat memahami. Aci janji, aci akan lulus cemerlang. Amin Inshallah 

Aku bersyukur sangat sebab dapat sang suami yang penyabar (sebenarnya dia nie baran orangnya =,=)... Tapi entah macam mana ada masanya dia jadi cool. Adakah dia EKSEN SEJA ?hahaa 

Dia memang cuba bersabar. Tapi bila hati dan otaknya di palu bertubi-tubi tahap kesabaran dia akan turun mendadak dan .... tidak akan meledak, malah sebaliknya. Aku yang meledak. Mengadakan aku. Sot sikit kepala otak aku nie kalau bab perasaan. Maunya aku jak yang menang. Dan dia hanya mengiya kan sahaja. Tapi bila dia mengalah terlalu cepat aku rasa tak best pula sebab PERGADUHAN tidak berlaku di situ. Itu yang buat aku tak puas hati. (pelik tapi benar.. dia selalu cakap perangai yang macam tu lah yang merunsingkan memiringkan membiulkan otak dia..hahaha)sorry dear.

Lagi satu, si dear nie pandai masak. Aku memang tak pandai masak. Tapi bukannya tak pandai masak langsung. Maksud aku, masakan aku x sehebat masakan dia. Aku biasa masak yang goreng-goreng, tumis-tumis, sup-sup.. Bab makanan berempah nie aku ada failed sikit. Sorry dear, nanti aci belajar masak.

Teringat pula aku, pagi tu dia pesan tengah hari nanti masak ikan asam pedas. Aku akun aku x pandai, Tapi dia cakap tanya mama. Aku tanya, and i got the recipe. Tapi malangnya bahan tak cukup. Aku text dia, dan tengah hari tu dia bawa ikan masak asam pedas.. Sedih dan kesian aku tengok si dear. Maaf sebab isterimu ini tak pandai masak =(

Aku berharap aku :

1. Kami berdua akan semakin matang dalam alam perkahwinan 
(mana tak, kami terlalu banyak main, perangai kebudak2an, sampai selalu kena tegur oleh si mama...jiwa remaja kunun)

2. Menjadi parents yang adil dan berjaya untuk mendidik our beloved son

3. Ambil iktibar kesalahan, kesilapan lepas

4. No more fighting 
(ehhh boleh ka ? boleh ba kalau kau...gaduh-gaduh manja boleh la )

5. Masjid yang dibina kekal till jannah

6. Sentiasa di rahmati Allah

7. Diluaskan lagi rezeki sekeluarga

8. Tidak leka dengan godaan 
(godaan apakah ?? hahaha peringatan untuk diri sendiri juga)

9. Ikatan kasih sayang antara kita bertiga semakin utuh dan bertambah

10. Jangan kuat merajuk 
( bilalah part yang nie aku dapat ubah -actually bukan kuat merajuk, aku inginkan perhatian dan kasih sayang. Tapi jarak memisahkan kami..sob sob sob- itu yang kadang-kadang aku menjadi liar, eh liar pula tukar ayat. itu yang buat aku mengada-ngada dan minta puji.) 

No comments:

Post a Comment