Sunday, November 2, 2014

untuk yang tersayang

Assalammualaikum

Cuaca malam nie sangat baik, syukur alhamdulillah. Sejuk dingin tapi tak la aku rasa sampai jadi beku. Sedang-sedang orang bilang. Sedap untuk tidur, untuk berehat setelah penat berjalan-jalan di pasar malam. ermmmm apa kaitan?? ada kaitankah ?? Mestilah ada. Kalau tiada kaitan, tak payahlah aku tidur untuk merehatkan diri. Biar jadi kelawar.

Sebenarnya wifi malam nie sangat good untuk buat assignment. Aku taip n3 nie pun ikut sedap jak. Kalau dapat post malam nie ya syukur, kalau tak dapat jadilah n3 aku nie perhiasan dalam draf.

Disebabkan tak dapat buat sisa tugasan yang ada, mulalah fikiran aku melayang ke pulau mutiara. Teringat dua orang lelaki yang aku sangat sayang sampai bila-bila. Hope dorang dua dalam keadaan sihat walafiat dan di rahmati Allah SWA.

Afnan ibu sekarang makan bubur nasi sudah. Sudu belum pun sampai dekat mulut, Afnan awal lagi nganga mulut dia, tangan dia pula cuba untuk capai tangan nenek dia.hahaha Aduiii Anak ibu nie tak pandai sabar. Jangan pula bila besar nanti payah-payah ibu suruh makan ya nak. Jadi anak yang baik, dengar cakap ibu,babah,nenek,atok dan semua orang. Ingat pesan ibu nie.

Dear, aci tau bcu penat kerja, penat jaga Afnan time malam (kalau Afnan tejaga). Thanks a lot dear sebab ambil alih tugas isteri buat sementara waktu. Aci janji, semua tu untuk sementara waktu sahaja. Aci cuti nanti, aci ambil alih balik tugas tu. Macam minggu lepas..hihihi

My lovely family, mudah-mudahan Allah luaskan rezeki kita sekeluarga, lancarkan segala urusan kita, beri kita sekeluarga kesihatan mental fizikal, selamatkan kita dunia akhirat.



No comments:

Post a Comment