Thursday, December 11, 2014

katanya diam

Assalammualaikum

Direct to the point.

Owkeyh sekarang aku akan lebih ALERT dengan manusia-manusia yang BIKIN PANASSS. Terutamanya dengan manusia yang tidak tahu di untung, suka cakap belakag, suka cakap besar dan yang seangkatan dengannya. Aku tahu aku bukan manusia yang sempurna dan tidak ada sesiapapun manusia di dunia nie yang sempurna. Orang putih bilang NOBODY PERFECT.

Tapi yang buat aku naik angin nie, Selepas aku dengar cerita yang kurang enak kurang sedap di dengar.

1. Ada orang tu suka-suka hati menyindir dan meluahkan rasa tidak puas hati dia dekat orang yang pernah tolong dia selama ini. Buruk-buruk orang tu pun sekurang-kurangnya dia dapat dan dia sanggup tolong kau ke menara gading untuk capai impian kau tu. Tapi apa yang kau bagi dia??? Macam tu kah kau layan dia ? Memang aku tidak ada dalam kejadian tu tapi aku rasa sakit hati selepas dengar cerita. Memang sekarang dia susah. Suatu hari nanti kalau kau berada di bawah kau rasa juga apa yang dia rasa sekarang. Tolonglah jadi manusia yang mengenang budi.Jangan BONGKAK dan jangan ANGKUH dengan kemewahan yang tidak seberapa yang kau ada tu. Aku bukan cemburu dengan apa yang kau ada sekarang nie tapi aku tidak puas hati atas apa yang buat dekat dia. Sejujurnya aku benci dengan kau aku tak suka dengar nama kau lagi. Aku tak sangka kau berubah perangai selepas kau dapat apa yang kau ada sekarang nie. Ingat tidak ada benda yang kekal di dunia. Bila-bila masa kesenangan dan kemewahan yang kau ada akan di tarik balik. Sentiasalah beringat (peringatan untuk diri aku juga)

2. Yang ni pula cerita manusia yang tidak tahu menghargai pemberian dan tidak menjaga harta benda orang dengan baik. Kau sudah guna benda tu kau jagalah baik-baik. Time benda tu sudah rosak kau tak reti pula nak tolong buat. Pelik betul aku dengan manusia macam kau nie. Kau ingat kau siapa ? kau ada kena mengenakah ? ada pertalian darah ?? Pendek kata, tahu pinjam pandai-pandailah jaga harta benda orang. Nie semua benda yang kau guna semua kau rosakkan. Habis jahanam harta benda orang kau kerjakan.

aku manusia yang suka cakap terus bila aku betul-betul tak puas hati. Tapi kalau benda tu betul-betul mencapai tahap kesabaran aku, memang kena lah. Aku sound terus. Tapi aku x boleh buat tu sebab ada insan yang halang aku untuk bercakap terus dengan si pesalah. My goshhhhh !!! Bersabarlah wahai hati. Aku luahkan segalanya di sini setelah puas mengadu dengan Nya dan aku harap lepas nie aku tak fikir lagi benda sampah macam nie. Buat semak fikiran aku jak.

p/s : Harap kamu kamu dan kamu berubah.

Wednesday, December 10, 2014

1 step 2 step 3 step

Assalammualaikum

Dingin malam tirai kenanganku....

Malam ini sunyi sepi....

Lagu separuh jalan namanya tu. Siapa tahu bolehlah sambung nyanyi.kikikih

Malam-malam macam nie aku mudah betul teringat dengan my son Adrianto Afnan. Sekarang Afnan dah pandai merangkak. Minggu lalu Afnan baru pandai angkat badan untuk merangkak dan dapat gerakkan lutut untuk melangkah. Now Afnan dah laju angkat badan dan merangkak. Dua tiga langkah dan falling down.hihi badan tak stabil lagi. Slowly ya anak ibu.

Aku bersyukur sebab ada parents dan mentua yang memahami dan sporting. Tidak lupa juga untuk suami yang tersayang. Dia lagi memahami aku (kadang-kadang kottt) hahahaha 

Ya Allah murahkanlah rezeki mereka dan permudahkanlah segala urusan mereka di dunia dan akhirat. Aku sayang mereka mereka ini sangat-sangat. Mereka adalah insan yang paling penting dalam hidup aku.

Saturday, December 6, 2014

terseliuh hatiku


Assalammualaikum

Test test testt... N3 kali nie bukan berkaitan dengan segmen sudah ok. Rest sebentar dari bersegmen. N3 kali nie luahan perasaan yang terbuku dalam hati kecil aku nie.

Untu beberapa hari nie aku rasa sunyi sangat. Nampak sangat masa si dear kurang untuk aku dan masa dia akan di lebihkan untuk kawan-kawan dan motor dia. It's ok sokei sokei sokei

Aku bukannya apa, i need your attention even your not in front of me. So please understand me. I realy need you in every day and each second in my life. I don't know why you can't understand it and why you ignore me. Don't you know how much hurts ?? Maybe you can say, im here with you, i'm never go away... Yes i know it but what i need is i just want you just like before. I want to feel your love and care and also your full attention like before.

aiii kenapa ber bihaii sudah nie. Terlebih sudah...

Dear, tolong la. Aku betul-betul sunyi. Aku merajuk, aku sembunyikan diri, aku diam tak bersuara. Tapi ...... ermmm tidak apalah. Sakitnya hanya aku yang rasa.

Tuesday, December 2, 2014

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

Assalammualaikum....

Jom join segmen nie.. sambil bersegmen sambil tambah kenalan. Tambah follower. Hadiah pun lumayan juga tau...