Thursday, December 11, 2014

katanya diam

Assalammualaikum

Direct to the point.

Owkeyh sekarang aku akan lebih ALERT dengan manusia-manusia yang BIKIN PANASSS. Terutamanya dengan manusia yang tidak tahu di untung, suka cakap belakag, suka cakap besar dan yang seangkatan dengannya. Aku tahu aku bukan manusia yang sempurna dan tidak ada sesiapapun manusia di dunia nie yang sempurna. Orang putih bilang NOBODY PERFECT.

Tapi yang buat aku naik angin nie, Selepas aku dengar cerita yang kurang enak kurang sedap di dengar.

1. Ada orang tu suka-suka hati menyindir dan meluahkan rasa tidak puas hati dia dekat orang yang pernah tolong dia selama ini. Buruk-buruk orang tu pun sekurang-kurangnya dia dapat dan dia sanggup tolong kau ke menara gading untuk capai impian kau tu. Tapi apa yang kau bagi dia??? Macam tu kah kau layan dia ? Memang aku tidak ada dalam kejadian tu tapi aku rasa sakit hati selepas dengar cerita. Memang sekarang dia susah. Suatu hari nanti kalau kau berada di bawah kau rasa juga apa yang dia rasa sekarang. Tolonglah jadi manusia yang mengenang budi.Jangan BONGKAK dan jangan ANGKUH dengan kemewahan yang tidak seberapa yang kau ada tu. Aku bukan cemburu dengan apa yang kau ada sekarang nie tapi aku tidak puas hati atas apa yang buat dekat dia. Sejujurnya aku benci dengan kau aku tak suka dengar nama kau lagi. Aku tak sangka kau berubah perangai selepas kau dapat apa yang kau ada sekarang nie. Ingat tidak ada benda yang kekal di dunia. Bila-bila masa kesenangan dan kemewahan yang kau ada akan di tarik balik. Sentiasalah beringat (peringatan untuk diri aku juga)

2. Yang ni pula cerita manusia yang tidak tahu menghargai pemberian dan tidak menjaga harta benda orang dengan baik. Kau sudah guna benda tu kau jagalah baik-baik. Time benda tu sudah rosak kau tak reti pula nak tolong buat. Pelik betul aku dengan manusia macam kau nie. Kau ingat kau siapa ? kau ada kena mengenakah ? ada pertalian darah ?? Pendek kata, tahu pinjam pandai-pandailah jaga harta benda orang. Nie semua benda yang kau guna semua kau rosakkan. Habis jahanam harta benda orang kau kerjakan.

aku manusia yang suka cakap terus bila aku betul-betul tak puas hati. Tapi kalau benda tu betul-betul mencapai tahap kesabaran aku, memang kena lah. Aku sound terus. Tapi aku x boleh buat tu sebab ada insan yang halang aku untuk bercakap terus dengan si pesalah. My goshhhhh !!! Bersabarlah wahai hati. Aku luahkan segalanya di sini setelah puas mengadu dengan Nya dan aku harap lepas nie aku tak fikir lagi benda sampah macam nie. Buat semak fikiran aku jak.

p/s : Harap kamu kamu dan kamu berubah.

2 comments: