Monday, March 14, 2016

Fighting ~

Assalammualaikum...

Setelah sekian lama aku tak buat n3 di karpet yang cute lagi awesome ni, hari ini malam ni minggu ini bulan ini aku mulai meringan-ringankan jari jemari aku untuk beraksi.

Semester 8 bermakna aku berada di semester akhir. Inshaallah amin.

Final Year Project. Subjek berat dan wajib lulus. Ada jugalah subjek lain antaranya Pemakanan Sukan, Sosiologi Sukan, Seminar Refleksi Latihan Mengajar, Seminar Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Jasmani Suaian. Subjek-subjek aku senaraikan tu adalah subjek wajib LULUS. Amin Amin Amin.

Kerja banyak tapi sikap malas aku tu punyalah tinggi menggunung. Dengan harapan selepas aku merapu acah-acah rajin ni terbuka la hati aku untuk lebih serius untuk buat assignment.bahahahaha 

Tadi 1 assignment suda siap. Kira mau buat ulasan jurnal seminar refleksi. Tapi bila aku buka myguru aku tak nampak pun tapak untuk hantar tugasa. So aku batalkan buat ulasan jurnal walaupun jurnal suda ada. Orang bilang buat sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Boleh pakai ka pepatah tu untuk situasi aku?? urmmm mudah-mudahan boleh pakai.

Data untuk FYP tu tinggal key-in lagi bah. Apa punya jenis tabiat sikap la yang menang betul dalam badan aku ni.. krok krok krokkkk

Now kepala ting tong so malas berfikir.